Latihan


SET SOALAN OBJEKTIF MENGIKUT ARAS KOGNITIF :


Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tahun 5 ( SIRAH)


1. Aras Pengetahuan

(a) Masjid pertama di bina oleh nabi Muhammad  ialah :-

A. Masjid Nabawi                 B. Masjid Quba'

C. Masjid Madinah               D. Masjid Al- Aqsa


(b) Masjidil Haram terletak di :-

A. Mekah                             B. Madinah

C. Thaif                                C. Yaman

2. Aras Kefahaman

(a) Isra' bererti :-

A. Perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.

B. Perjalanan Rasulullah S.A.W dari Mekah Ke Madinah

C. Perjalanan Rasulullah S.A.W membawa barangan dagangan ke Syam

D. Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah Ke Madinah.


3.  Aras Aplikasi

(a) Berapa orangkah yang terlibat dalam perjanjian Aqabah yang  kedua?

A. Rasulullah S.A.W dan 12 orang lelaki Madinah.

B. Rasulullah S.A.W dan 73 lelaki seta 2 orang wanita Madinah.

C. Rasulullah S.A.W dan 5 orang lelaki  seta 2 orang wanita Madinah.

D. Rasulullah S.A.W dan 2 orang lelaki serta 73 orang wanita Madinah.

4. Aras Analisis

(a)  Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan kesan daripada Perjanjian Aqabah?

A. Syiar Islam dapat dikembangkan

B. Islam semakin dipulaukan

C. Bilangan dan kekuatan Umat Islam bertambah

D. Mendapat bantuan dan sokongan penduduk Madinah

5. Aras Sintesis

(a) Apakah kesan Hijrah Rasulullah dan kaum muslimin ke Madinah terhadap agama Islam?

A. Kaum Muslimin terus diseksa oleh orang kafir Quraisy

B. Keluarga Rasulullah terus dipulaukan

C. Bermula perkiraan tahun hijrah

D. Bermula peperangan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin.

6. Aras Penilaian

(a) Bagaimanakah rasulullah Rasulullah memupuk perpaduan di antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar?

A. Mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar.

B. Tidak menggalakkan pergaulan antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar.

C. Manggalakkan jual beli.

D. Mengalakkan pertukaran barang.

...................................................................................................................................................



Bidang : Adab

B6D2-Boleh mengamalkan adab tidur dengan betul dan istiqamah

B6D2E1-Istiqamah melakukan adab sebelum dan selepas bangun dari tidur.

Nama  :________________________________        
                                                                                 
Tahun :________________________________

Tarikh :________________________________

Arahan : Senaraikan adab sebelum tidur dan selepas tidur


A) Adab sebelum tidur:

1.  ________________________________________________

2. _________________________________________________

3.__________________________________________________



B) Adab selepas tidur:

1.____________________________________________________

2.____________________________________________________

3.____________________________________________________

3 comments:

  1. Assalammualaikum Ustazah,
    Latihannya sesuai untuk murid-murid. Ini dapat mengukuhkan minda anak didik untuk mengamalkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...tahniah latihan anda sangat sesuai untuk anak didik tentang peradaban ketika tidur.

      Delete
  2. Waalaikumussalam,
    Terima kasih. Semoga apa jua yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah.

    ReplyDelete