Wednesday, 12 December 2012


                                         RENUNGAN BERSAMA

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA




       Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapanya. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membesarkan anak dengan ilmu sebagai bekal di dunia dan akhirat agar anak-anak ini nanti akan mengamalkan. ilmu-ilmu tersebut sesuai dengan ajaran Islam. 

       Di dalam membicarakan cara-cara mendidik anak, nasihat Luqman Al- Hakim kepada anaknya bolehlah dijadikan pedoman. Nasihat Luqman hanyalah lapan ayat, tetapi merangkumi semua aspek pendidikan yang tinggi nilainya yang dirakamkan dalam surah Luqman  ayat 12 hingga 19.

                1. Mensyukuri nikmat
Dan sesungguhnya telah kami berikan hikmat kepada Luqman , iaitu ; " Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang yang bersyukur kepada Allah maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.

         
            2. Jangan menyekutukan Allah
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberikan pendidikan kepada anaknya ; " Hai anakku, jangan lah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar suatu kezaliman yang besar.


          3. Berterima kasih kepada ibu bapa
Nasihat Luqman ; Dan kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada -Ku dan berterimakasihlah kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kamu akan kembali.


          4. Bila ibu bapa Musyrik
Dan jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan bergaulah dengan keduanya di dunia dengan cara yang baik dan ikutlah jalan orang yang kembali kepada -Ku dan hanya kepada Kulah kamu akan kembali. Maka Akuakan berikan kepada kamu apa yang telah kamu usahakan.


          5. Balasan akhirat
Luqman berkata : " Hai anakku, sesungguhnya jika ada kebaikan sebesar biji sawi dan nberada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkan ( membalasnya ). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. 

     Balasan di akhirat adalah kepercayaan yang harus ditanamkan sejak anak masih kecil. Ingat-ingatkan anak seperti " Jangan menipu, berdosa! Jangan lupa sembahyang, Allah janjikan pahala dan balasan baik di akhirat kelak."


           6. Solat
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. 

Dalam ayat ini Luqman mewasiatkan empat perkara untuk membentuk peribadi mulia iaitu,

  • Mendirikan solat
  • Amar makruf
  • Nahi munkar
  • Sabar

          7. Jangan sombong
" Dan janganlah kamu memalingkan muka mu daripada manusia (kerana sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

Perbuatan sombong yang terkandung dalam ayat ini  ialah :

  • Memalingkan muka daripada manusia
  • Berjalan dengan angkuh
  • Berlebihan di kala berjalan
  • Bercakap dengan nada keras dan angkuh

Thursday, 29 November 2012

                                    

R E N U N G A N        B E R S A M A


Peranan guru dan ibu bapa adalah seiring.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مَوْلُوْدٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ. فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ.


Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.


Wednesday, 28 November 2012

                         R E N U N G A N       B E R S A M A

                                 Firman Allah dalam surah Al- Asr yang bermaksud :

                    Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
                                                     
                                           Demi masa..!
                       Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                              Rasulullah s.a.w bersabda :

 " Aku tinggalkan kalian dengan dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya. Iaitu Kitabullah ( Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w ".

                                               (Hadis riwayat Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Riwayat dari Uthman ibni Affan berkata : " Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran  lalu mengajarkannya".



Tuesday, 13 November 2012

MARI MENELUSURI SIRAH RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....!

Sempena mengenang hijrah Rasulullah saw, pada kali ini saya akan paparkan kisah suka duka rasul junjungan dalam menyebarkan syiar Islam  yang penuh dengan ranjau dan duri. Semoga menjadi panduan dan menambah kecintaan kita kepada baginda.


  • KAUM MUSYIRIKIN MENYAKITI RASULULLAH S.A.W
          Setelah bapa saudara nabi Muhammad saw, Abu Talib, dan isteri baginda meninggal dunia, Rasulullah hidup dalam keadaan yang amat susah, disebabkan tindakan dan kekasaran kaum Quraisy kepada baginda. Mereka membaling batu kepada baginda dan meletakkan duri di jalan-jalan yang menjadi laluan baginda. Mereka juga tergamak melemparkan benda-benda kotor kepada Rasulullah S.A.W.

     Bagaimanapun, semua tindakan itu baginda terima dengan penuh kesabaran dan baginda kembali ke rumah baginda tanpa ada rasa sifat dendam. Fatimah puteri baginda, sangat sedih dan menangis lalu segera membersihkan pakaian ayahndanya. 
      
      Rasulullah bertambah sedih melihat kesedihan anaknda baginda itu. 

      " Jangan engkau menangis, wahai anakku. Sesungguhnya Allah Taala sentiasa memelihara ayahmu ini....!"   
ujar baginda menghiburkan hati anak baginda.

     Setelah itu, Rasullah S.A.W berfikir hendak ke Thaif pada hujung bulan Syawal, yakni setelah sepuluh tahun baginda diangkat menjadi rasul. Baginda berharap akan ada orang-orang yang mahu memeluk Islam di negeri itu, agar mereka dapat membantu baginda dalam menyebarkan agama yang benar.

     Maka Rasulullah S.A.W pergi ke negeri itu dengan diiringi oleh Zaid bin Harithah. Kabilah Thaqif  adalah satu-satunya kabilah yang besar di negeri Thaif.

     Oleh itu Rasulullah S.A.W menemui pemimpin kaum itu dan memberitahu kepada mereka, bahawa baginda adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah Taala untuk menyeru manusia kepada agama Islam. Tetapi mereka adalah orang-orang kafir dan mendustakan seruan baginda. Mereka tidak mengakui kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah  S.A.W kepada mereka.
 
     Lebih jauh lagi, merek mengirim beberapa orang lelaki dari kalangan penduduk Thaif agar mereke berkumpul di jalan-jalan sambil membawa duri-duri dan batu batu untuk menyakiti baginda. 

    Ketika itu, beberapa orang pemilik kebun yang sedang duduk di kebunnya melihat keadaan Rasulullah. Salah seorang dari mereka telah menyuruh pembantunya yang bernama Addas untuk memetik buah anggur dan memberikannyakepada baginda. Addas segera memetik beberapa tangkai buah anggur dan memberikannya kepada nabi Muhammad. 

     Ketika hendak makan buah anggur itu, Rasulullah S.A.W membaca "Bismillahir rahmanirrahim". Addas yang beragama Nasrani itu mendengar Rasulullah menyebut nama Allah ketika hendak memakan buah tersebut bertanya, kenapa baginda baginda menyebut nama Allah Taala sebelum memakan buah tersebut, sedangkan semua penduduk negeri itu adalah kafir.

     Rasulullah memberitahu Addas bahawa baginda adalah rasul yang terakhir yang ditugaskan untuk menyeru manusia untuk mentauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya, sebagaimana yang diserukan oleh nabi Isa AL-Masih anak Maryam yang menyeru manusia untuk berbuat demikian.

     Maka tahulah Addas, bahawa baginda adalah Nabi yang diutus oleh Allah Taala yang akan menunjuk manusia ke jalan yang benar. Ketika itu lalulah serombongan Jin di tempat tersebut, yang dikenali sebagai Nakhlah. Mereka mendengar nabi Muhammad membaca ayat-ayat Al-Quran, maka mereka beriman setelah  mendengar firman Allah yang agung itu dan segera mereka bersujud kepada Allah Taala dan Jadilah mereka dari kalangan kaum Muslimin. Hal ini Allah telah sebutkan dalam Al-Quran , surah Al-Ahqaf ayat 29.


************************      SEKIAN JUMPA LAGI !..          ************************




Friday, 2 November 2012

AQIDAH ISLAM TAHUN 2



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....!


Sesungguh Allah mempunyai 99 nama yang dikenali "Asmaul Husna". Nama yang selalu meniti di bibir kita adalah Arrahman dan Arrahiim.


Pengertian Arrahman :

Allah Maha Pemurah kepada semua makhluk. semuanya mendapat nikmat semasa hidup di dunia ini.


Pengertian Arrahiim :

Allah Maha Pengasih. Sifat pengasih Allah kepada manusia yang beriman sahaja. Kasih sayang ini berterusan sehingga hari akhirat.


Firman Allah yang bermaksud:

" Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. ( surah Al-Hasyar 22:59)


Tanda-tanda Allah bersifat Arrahman dan Arrahiim :



Allah mengurniakan kita akal fikiran.
Allah memberikan nikmat kesihatan
Allah mengurniakan rezeki secara berterusan.
Allah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Allah mengutuskan nabi dan rasul
Allah sentiasa memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat.


Bagaimana menjadi seorang hamba Allah yang pemurah?

Selalu bersedekah walaupun sedikit.
Merasa simpati dan membantu orang yang dalam kesusahan.
Merasa yakin dengan ganjaran yang Allah sediakan.
Mencontohi amalan orang yang pemurah.
Memanjatkan kesyukuran atas nikmat dari Allah.