Tuesday 13 November 2012

MARI MENELUSURI SIRAH RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....!

Sempena mengenang hijrah Rasulullah saw, pada kali ini saya akan paparkan kisah suka duka rasul junjungan dalam menyebarkan syiar Islam  yang penuh dengan ranjau dan duri. Semoga menjadi panduan dan menambah kecintaan kita kepada baginda.


  • KAUM MUSYIRIKIN MENYAKITI RASULULLAH S.A.W
          Setelah bapa saudara nabi Muhammad saw, Abu Talib, dan isteri baginda meninggal dunia, Rasulullah hidup dalam keadaan yang amat susah, disebabkan tindakan dan kekasaran kaum Quraisy kepada baginda. Mereka membaling batu kepada baginda dan meletakkan duri di jalan-jalan yang menjadi laluan baginda. Mereka juga tergamak melemparkan benda-benda kotor kepada Rasulullah S.A.W.

     Bagaimanapun, semua tindakan itu baginda terima dengan penuh kesabaran dan baginda kembali ke rumah baginda tanpa ada rasa sifat dendam. Fatimah puteri baginda, sangat sedih dan menangis lalu segera membersihkan pakaian ayahndanya. 
      
      Rasulullah bertambah sedih melihat kesedihan anaknda baginda itu. 

      " Jangan engkau menangis, wahai anakku. Sesungguhnya Allah Taala sentiasa memelihara ayahmu ini....!"   
ujar baginda menghiburkan hati anak baginda.

     Setelah itu, Rasullah S.A.W berfikir hendak ke Thaif pada hujung bulan Syawal, yakni setelah sepuluh tahun baginda diangkat menjadi rasul. Baginda berharap akan ada orang-orang yang mahu memeluk Islam di negeri itu, agar mereka dapat membantu baginda dalam menyebarkan agama yang benar.

     Maka Rasulullah S.A.W pergi ke negeri itu dengan diiringi oleh Zaid bin Harithah. Kabilah Thaqif  adalah satu-satunya kabilah yang besar di negeri Thaif.

     Oleh itu Rasulullah S.A.W menemui pemimpin kaum itu dan memberitahu kepada mereka, bahawa baginda adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah Taala untuk menyeru manusia kepada agama Islam. Tetapi mereka adalah orang-orang kafir dan mendustakan seruan baginda. Mereka tidak mengakui kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah  S.A.W kepada mereka.
 
     Lebih jauh lagi, merek mengirim beberapa orang lelaki dari kalangan penduduk Thaif agar mereke berkumpul di jalan-jalan sambil membawa duri-duri dan batu batu untuk menyakiti baginda. 

    Ketika itu, beberapa orang pemilik kebun yang sedang duduk di kebunnya melihat keadaan Rasulullah. Salah seorang dari mereka telah menyuruh pembantunya yang bernama Addas untuk memetik buah anggur dan memberikannyakepada baginda. Addas segera memetik beberapa tangkai buah anggur dan memberikannya kepada nabi Muhammad. 

     Ketika hendak makan buah anggur itu, Rasulullah S.A.W membaca "Bismillahir rahmanirrahim". Addas yang beragama Nasrani itu mendengar Rasulullah menyebut nama Allah ketika hendak memakan buah tersebut bertanya, kenapa baginda baginda menyebut nama Allah Taala sebelum memakan buah tersebut, sedangkan semua penduduk negeri itu adalah kafir.

     Rasulullah memberitahu Addas bahawa baginda adalah rasul yang terakhir yang ditugaskan untuk menyeru manusia untuk mentauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya, sebagaimana yang diserukan oleh nabi Isa AL-Masih anak Maryam yang menyeru manusia untuk berbuat demikian.

     Maka tahulah Addas, bahawa baginda adalah Nabi yang diutus oleh Allah Taala yang akan menunjuk manusia ke jalan yang benar. Ketika itu lalulah serombongan Jin di tempat tersebut, yang dikenali sebagai Nakhlah. Mereka mendengar nabi Muhammad membaca ayat-ayat Al-Quran, maka mereka beriman setelah  mendengar firman Allah yang agung itu dan segera mereka bersujud kepada Allah Taala dan Jadilah mereka dari kalangan kaum Muslimin. Hal ini Allah telah sebutkan dalam Al-Quran , surah Al-Ahqaf ayat 29.


************************      SEKIAN JUMPA LAGI !..          ************************




3 comments:

  1. Salam maal hijrah,
    satu penulisan yang baik, semoga memberi manfaat kepada anak didik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu Ros dan Salam Maal Hijrah

      Delete
    2. Assalamualaikum w.b.t...suatu penulisan yang baik. Semoga ia dapat dijadikan pengajaran untuk kita sama-sama mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian.

      Delete